Rabu, 18 Februari 2009

Wangian Dirimu...Bukan Diriku...


Aquarius (20 Jan - 17 Feb) :

Seorang yang pandai menyesuaikan diri
dengan keadaan, terkenal sebagai seorang
yang sering menjadi perintis dalam
memulakan sesuatu. Aura yang dibawa oleh
individu dalam kumpulan ini adalah
sehangat wangian citrus, musk & amber.


Pieces (18 Feb - 20 Mac) :

Seorang yang agak pemalu & cega
diimbangi dengan sikap yang mudah
bergaul & penuh daya tarikan. Pieces
merupakan individu yang kreatif, oleh
itu aroma hijau tumbuhan seperti
geranium & rempah ratus seperti ambery &
woody sangat sesuai untuk menjadikan
individu ini semakin percaya pada diri.


Aries (21 Mac - 19 April) :

Seorang yang energetik, berani & penuh
bermatlamat menjadikan individu dalam
kumpulan ini selalu ke hadapan dalam
semua aspek. Rasa percaya pada diri
membuatkan si Aries menyerlah dalam
kesegaran aroma kayu & rempahan.
Campuran amber sebagai asas wangian pula
akan menambahkan kesegaran warga Aries.


Taurus (20 April - 19 Mei) :

Terkenal dengan sifat mudah bersimpati &
penyabar menjadikan Taurus seorang yang
ideal sebagai teman & sahabat dalam
semua keadaan. Daya tarikan individu ini
akan semakin terserlah dengan calitan
wangian dari aroma buah-buahan & haruman
mawar.


Gemini (20 Mei - 20 Jun) :

Gemini menarik dengan daya pikat & lawak
jenaka yang menghiburkan. Rasa ingin
tahu yang tinggi membuatkan individu ini
sering mengeksplorasi pengalaman baru.
Padukan aroma tumbuhan seperti wangian
limau & amber akan meningkatkan optimis
diri.


Cancer (21 Jun - 21 Jul) :

Merupakan seorang yang sentimental,
sensitif & pemalu. Haruman dari aroma
buah-buahan segar serta musk akan
membangkitkan rasa tenang & membuatkan
individu ini lebih bersemangat.


Leo (22 Jul - 22 Ogos) :

Seorang yang tegas, tetapi penuh dengan
kasih sayang & pemaaf. Juga seorang yang
kadang-kadang terlalu idealisme sehingga
membuatkan dirinya menjadi kurang yakin.
Aroma musk & ozon segar banyak memberi
ketenangan & menaikkan keyakinan diri si
Leo.


Virgo (23 Ogos - 21 Sept) :

Individu dalam kumpulan ini bersifat
dingin & kembali tenang dalam sekelip
mata. Sifat semulajadinya yang kuat
bekerja menyebabkan emosinya sensitif &
sering terganggu. Sentuhan aroma
oriental seperti cendana bersama
kesegaran citrus akan meningkatkan
semangat & menjernihkan fikiran individu
terlibat.


Libra (22 Sept - 22 Okt) :

Terkenal sebagai seorang yang seimbang &
cekap mengendalikan pelbagai situasi.
Individu ini memang seorang yang berjiwa
harmoni sesuai dengan wangian citrus.
Paduan wangian limau & amber akan
memberikan ketenangan & kestabilan pada
jiwa yang murung.


Scorpio (23 Okt - 21 Nov) :

Memiliki daya intuisi yang tinggi,
individu dalam kumpulan ini boleh
membaca peribadi seseorang & mudah
memahami/mentafsirkan sesuatu. Kombinasi
wangian bunga-bungaan segar & musk akan
meneutralkan emosi serta fikiran
individu di samping mengatasi rasa
kemurungan.


Sagitarius (22 Nov - 20 Dis) :

Seorang yang berhati kental & suka
'cakap lepas' tetapi yang positifnya
individu dalam kumpulan ini merupakan
seorang yang berfikiran terbuka, jujur &
kelakar. Aroma citrus & tumbuhan hijau
serta woody & amber akan membangkitkan
rasa optimis dalam diri.


Capricon (21 Dis - 19 Jan) :

Seorang yang tenang & bersifat penyabar.
Mempunyai tekad yang kuat & tidak mudah
patah semangat untuk Berjaya. Wangian
lembut seperti bunga melur, ylang-ylang
dapat memberi kesegaran & bauan daripada
rempah-ratus akan tingkatkan ghairah
individu.

0 tindak balas: