Autumn :- Luruh ; tapi tak bermakna aku gugur...Winter :- Dingin ; dingin hatiku tak sedingin hatimu...Spring :- Bunga ; indah mekar kembangnya...Summer :- Panas ; biar hangat namun tak membakar...
Jumaat, 23 Januari 2009
~~Tanpa~~
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti
Meski
Pagi itu menatapi
Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi
Tanpa..
Cintamu aku resah
Tanpa..
Kasihmu aku hampa
Tanpa..
Dirimu aku mati
hohoo…
Kini benar-benarku rasakan
Dalam benuk hatiku tanpamu
Ku tak mengerti
Takut
Takut jauh dari dirimu
Kan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati
Hohoo…
Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti
Selasa, 6 Januari 2009
Aku nak marah....
Aiseh dah mengeluh...baru sket ngaja..abis la pahala ngajar aku...sebab nampak macam tak ikhlas jep..
Tapi nak wat macam mane..??kalau tak kuarkan keluhan, nampaknya terseksa la jantung hatiku dengan perangai budak2 nie..
Nasib baik la budak kelas sendiri walaupun duk kelas yang terakhir, diorang ok n memahami...atleast nak jugak belajar n reti dok diam...kalau tak, tak memasal jep aku ngamuk2 macam tengahari tadi...
Dah la time panas2, diaorang leh lak nak besar kepala..uih dah lame tak menjerit, sakit tekak jap..nasib baik dak Form1 xde kelas lagi...kalau tak, mati kering la aku...sume mase berturut,time rehat budak jep aku leh g rehat..cikgu pon dah mcam budak..
Hahaahhahaha
Aku dah nampak dah arah tuju yang aku nak halakan kat budak2 nie...diorang still ade potensi even dok kelas yang paling hujung..biase lah tue...kadang2 kita pandang negatif sangat kat budak2 kelas hujung nie, sampai kita pandang diorang sebelah mata jep...
Ape lak aku bebel nie...
K lah, nak sambung keje siapkan buku register...karang tak siap, mati wooo kena bantai dengan PK Hal Ehwal Murid...hhahaha
Semalam baru dapat masuk 2 kelas...nampaknya aku macam akan bleh hilang suara klu keadaan mcm nie hari2..hehe biasa lah tue..kena jerit sana sini nak lawan sora bebudak nie..
Bila jadi cikgu kelas, macam2 la nak kena pikir...yuran la, duit kelas la...yue lum jadual waktu bertugas lagi..dah la sume budak cina n india, kadang2 nak bagi diorang paham apa yang kita cakap pn payah...tue cakap melayu, lum ngaja dalam english lg..huhu dugaan tul..
Time2 macam nie la aku makin kuat berangan,berfikir..kadang2 sampai leh jadi macam muhasabah diri...aku penah dengar orang kata, kenakalan student tue adalah hasil pantulan dosa2 diri kita sendiri...
Kalau ikut logik, memang la salah...sebab diorang memang dah ditakdirkan begitu...tapi bila think deeper n deeper, ada betulnya...sebab sume tue akan menguji hati kita...bagaimana kita menghadapi kerenah student2 sekrang, itulah sebahagian diri kita dulu mase jadi pelajar...kita sakitkan hati cikgu, sekrang kita rasa semula...
Erm penat dok menaip pagi2 nie..jap g nak wat lesson plan lak...pastue nak review ape nak ajar..arie nie ade 2 kelas n 4 mase...pas tolak kelas dak2 Form 1...uih hari nie paling seksa...6 mase berturut,n gap pada mase budak2 rehat jep..n time tue la nak kena g semayang...hahah maknenya aku kena bersedia next week..huhu balik konfem pengsan awal...hahah
K slamat maju jaya pada diriku ini...
Isnin, 5 Januari 2009
Cuak? Takut? Bersedia?....
Hari nie gak aku start mengajar...tak tahu lah ape yang bakal berlaku bila berdepan dengan pelajar2 nie...lagipon dah lame tak mengajar...last year pon juz ngajar kelas tambahan budak darjah 6...
Harap2 semuanya berjalan lancar hari nie dan hari mendatang...
Khamis, 1 Januari 2009
Realiti @ hanya sedapkan telinga...
PUTRAJAYA 30 Dis. - Pencapaian calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini sangat membanggakan apabila 26,378 atau 5.96 peratus daripada 472,060 calon berjaya memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran diambil.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, calon yang mendapat 9A pada tahun ini ialah seramai 3,396 (11.54 peratus), 8A 17,969 (5.11 peratus) dan 7A 5,013 (8.11 peratus).
Menurutnya, berbanding tahun lalu, pelajar yang meraih semua A adalah seramai 24,744 (5.65 peratus); 20,213 (2006) dan 20,101 pada 2005.
Kata beliau, peratusan murid yang menguasai kemahiran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pada PMR tahun ini juga menunjukkan peningkatan yang amat menggalakkan.
''Bagi mata pelajaran Sains, daripada 456,795 calon, sejumlah 235,510 (51.2 peratus) orang menjawab dalam bahasa Inggeris, 141,658 (30.8 peratus) dalam bahasa Melayu manakala 82,627 (18.0 peratus) menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris.
''Sementara bagi Matematik, daripada 462,051 calon, seramai 124,209 (26.9 peratus) calon menggunakan bahasa Inggeris, 91,955 (19.9 peratus) bahasa Melayu dan 245,887 (53,2 peratus) menjawab dalam bahasa Melayu dan Inggeris," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Pada tahun ini, seramai 472,060 calon mendaftar menduduki PMR dan daripada jumlah itu, sebanyak 442,791 adalah pelajar sekolah bantuan penuh kerajaan.
Calon PMR tahun ini merupakan kohort keempat yang mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dari tingkatan satu hingga tiga.
Alimuddin berkata, bagi mata pelajaran Sains dan Matematik yang diajar dalam bahasa Inggeris, calon masih dibenarkan sama ada menjawab sepenuhnya dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu atau bercampur-campur.
Beliau seterusnya memberitahu, pencapaian calon yang memperoleh sekurang-kurangnya D bagi semua mata pelajaran adalah 62.93 peratus berbanding 63.53 peratus tahun lalu manakala E ialah 440 (0.10 peratus) berbanding 559 orang (0.13 peratus) pada 2007.
''Jurang perbezaan antara murid bandar dan luar bandar semakin rapat terutama bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
''Secara keseluruhannya, pencapaian murid di luar bandar menunjukkan peningkatan bagi pencapaian cemerlang dan melepasi tahap penguasaan minimum berbanding murid di bandar dalam semua mata pelajaran," katanya.
Ditanya sama ada calon PMR 2009 masih dibenarkan menjawab soalan dalam dwibahasa berikutan kerajaan masih belum memutuskan kedudukan PPSMI, beliau berkata, mereka masih boleh berbuat demikian tahun depan